Powered By Blogger

Monday, 10 April 2017

Kemaafan, Kepercayaan

Assalamualaikum pembaca blogger saya 😊
Apa itu kemaafan?
Kemaafan itu timbul apabila seseorang meminta maaf dengan ikhlas dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan seseorang memaafkan kesilapannya dengan ikhlas juga . Ya, itu maksud kepada kemaafan.

Tapi apakah kemaafan itu masih boleh membuatkan seseorang itu meletakkan kepercayaan atas kesilapan yang lalu? Selalunya apabila seseorang melakukan kesilapan yang pertama kali, si pemaaf akan memaafkan seseorang itu. Mungkin selepas kali kedua seseorang itu melakukan kesilapan,  si pemaaf akan terus memaafkan dan mempercayainya lagi.  Tapi, selepas kali ketiga atau seterusnya,  mungkin seseorang itu hanya dapat kemaafan tetapi,  kepercayaan terhadap seseorang akan hilang sepantas kilat. 

Memang semua orang pernah melakukan kesilapan. Tetapi,  semua manusia mempunyai hati dan perasaan. Semua orang akan marah apabila ditipu,  kepercayaan bukanlah mainan. Kemaafan mungkin boleh diraih tetapi kepercayaan,  tidak sama sekali.  Cukuplah 2 peluang yang akan diberikan.  Jangan melampaui batas.  Jangan buat si pemaaf hilang kepercayaan terhadap seseorang.

Tapi,  ada juga orang yang selalu memaafkan dan terus mempercayai secara terus menerus. Tapi bukan semua orang boleh menjadi sesempurna itu.
Hanya ada segelintir sahaja. 

"Sebuah KEMAAFAN boleh diraih,  tetapi untuk mendapatkan KEPERCAYAAN itu tidak mungkin akan berlaku."

Sekian sahaja warkah aku  😊
Teruskan membaca post post yang ada didalam blog ini.  semoga boleh mendorong hidup kamu semua.  ❤

No comments:

Post a Comment